20 Jul 2010

Laman Web berguna untuk P & P

Zaman berubah, P & P pun berubah. Sekarang ini penekanan kepada P & P berbantu ICT dan e-learning telah berjaya menambat hati para guru dan juga murid. Untuk itu, berikut diperturunkan beberapa laman web yang boleh diguna dan dikongsi dalam P & P. Jika anda rasakan ada laman web yang boleh dikongsi, apa salahnya kita war-warkan melalui blog ini.


Bil

Laman Web

Penerangan

1

http://toolsforeducators.com

Mengandungi perisian dalam talian yang boleh membantu guru-guru dalam menjalankan tugas

2.

http://www.aplusmath.com

Pelbagai bahan dan latihan matematik yang boleh diberi kepada murid-murid dalam talian dan luar talian

3.

http://rubistar.4teachers.org

Laman membina rubrik dalam talian. Pelbagai jenis rubrik boleh dibina berdasarkan penilaian yang dikehendaki

18 Jul 2010

Tutorial MOODLE (Flash Video)

Dalam ruangan ini, saya ingin berkongsi pengetahuan tentang bagaimana hendak mengurus dan menggunakan moodle. Bahan yang terdapat dalam ruangan ini adalah sebahagiannya pautan dari blog moodle saya iaitu http://jom2moodle.blogspot.com

Bahan tutorial dalam format flash video memudahkan pengunjung untuk mempelajari moodle dengan lebih dekat.


Berikut adalah tutorial untuk pemasangan moodle secara stand alone atau intranet dan mentadbir moodle. Melalui pemasangan cara ini, pengguna boleh menggunakan moodle secara terus dari PC. Jika dipasang pada server atau PC di sekolah pula, ianya boleh diakses secara intranet oleh warga sekolah tersebut.

1. Installasi Moodle
2. Cipta akaun pengguna
3. Tukar themes

Berikut adalah tutorial untuk membina item soalan seperti yang tersedia di dalam MOODLE
1. Online Text
2. Multiple Choice
3. Menyisip imej atau foto ke dalam item soalan

15 Jul 2010

PhotoScape Mudahkan Edit Gambar


Sebelum ini tugasan atau kerja mengedit gambar memerlukan perisian yang mahal dan mengambil masa yang lama. Selain itu, sukar untuk dipelajari. Kini terdapat perisian sumber percuma lagi mudah.

Perisian yang dimaksudkan ialah photoScape. Perisian ini boleh dimuat turun di http://www.photoscape.org/ps/main/download.php

Terdapat pelbagai jenis tool mengedit tersedia di dalam perisian ini. Antaranya editor, batch editor, combine dan lain-lain lagi. Kesemuanya memiliki keunikan dan kesan gambar yanng menarik. Jika menggunakan photoscape ini, tugasan mengedit gambar mengambil masa yang singkat berbanding perisian lain. Dengan kesan yang menarik, sudah pasti gambar yang diedit akan kelihatan menarik dan seperti profesional. Gambar di sebelah mereupakan salah satu daripada efek yang terdapat di dalam photoscape.

Apa lagi cubalah.

13 Jul 2010

Kolaborasi dengan Thinkquest.org


Pernahkah anda dengar dan melayari laman Thinkquest.org? Jika pernah anda antara yang bertuah. Ini kerana dalam kalangan guru-guru dan murid-murid di Malaysia bukan semua terlibat dalam program ini.

Menjadi antara 10 guru pertama yang terlibat dalam penggunaan Thinkquest.org yang dahulunya dikenali dengan Think.com amat bermana. Terima kasih kepada Bahagian Teknologi Pendidikan dan Oracle Malaysia kerana memberi peluang untuk kami menggunakan portal thinkquest.org ini.

Sememangnya kandungan di dalam portal ini banyak membantu pihak guru dan sekolah untuk melaksanakan projek based learning secara dalam talian, kolaborasi dengan murid-murid dari dalam dan luar negara dan sebagainya turut boleh dilaksanakan.

Selain daripada itu, terdapat pelbagai bahan pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Anda boleh dapatkannya dengan pada pautan Library.

Jom Thinkquest.org