20 Jul 2010

Laman Web berguna untuk P & P

Zaman berubah, P & P pun berubah. Sekarang ini penekanan kepada P & P berbantu ICT dan e-learning telah berjaya menambat hati para guru dan juga murid. Untuk itu, berikut diperturunkan beberapa laman web yang boleh diguna dan dikongsi dalam P & P. Jika anda rasakan ada laman web yang boleh dikongsi, apa salahnya kita war-warkan melalui blog ini.


Bil

Laman Web

Penerangan

1

http://toolsforeducators.com

Mengandungi perisian dalam talian yang boleh membantu guru-guru dalam menjalankan tugas

2.

http://www.aplusmath.com

Pelbagai bahan dan latihan matematik yang boleh diberi kepada murid-murid dalam talian dan luar talian

3.

http://rubistar.4teachers.org

Laman membina rubrik dalam talian. Pelbagai jenis rubrik boleh dibina berdasarkan penilaian yang dikehendaki

18 Jul 2010

Tutorial MOODLE (Flash Video)

Dalam ruangan ini, saya ingin berkongsi pengetahuan tentang bagaimana hendak mengurus dan menggunakan moodle. Bahan yang terdapat dalam ruangan ini adalah sebahagiannya pautan dari blog moodle saya iaitu http://jom2moodle.blogspot.com

Bahan tutorial dalam format flash video memudahkan pengunjung untuk mempelajari moodle dengan lebih dekat.


Berikut adalah tutorial untuk pemasangan moodle secara stand alone atau intranet dan mentadbir moodle. Melalui pemasangan cara ini, pengguna boleh menggunakan moodle secara terus dari PC. Jika dipasang pada server atau PC di sekolah pula, ianya boleh diakses secara intranet oleh warga sekolah tersebut.

1. Installasi Moodle
2. Cipta akaun pengguna
3. Tukar themes

Berikut adalah tutorial untuk membina item soalan seperti yang tersedia di dalam MOODLE
1. Online Text
2. Multiple Choice
3. Menyisip imej atau foto ke dalam item soalan

15 Jul 2010

PhotoScape Mudahkan Edit Gambar


Sebelum ini tugasan atau kerja mengedit gambar memerlukan perisian yang mahal dan mengambil masa yang lama. Selain itu, sukar untuk dipelajari. Kini terdapat perisian sumber percuma lagi mudah.

Perisian yang dimaksudkan ialah photoScape. Perisian ini boleh dimuat turun di http://www.photoscape.org/ps/main/download.php

Terdapat pelbagai jenis tool mengedit tersedia di dalam perisian ini. Antaranya editor, batch editor, combine dan lain-lain lagi. Kesemuanya memiliki keunikan dan kesan gambar yanng menarik. Jika menggunakan photoscape ini, tugasan mengedit gambar mengambil masa yang singkat berbanding perisian lain. Dengan kesan yang menarik, sudah pasti gambar yang diedit akan kelihatan menarik dan seperti profesional. Gambar di sebelah mereupakan salah satu daripada efek yang terdapat di dalam photoscape.

Apa lagi cubalah.

13 Jul 2010

Kolaborasi dengan Thinkquest.org


Pernahkah anda dengar dan melayari laman Thinkquest.org? Jika pernah anda antara yang bertuah. Ini kerana dalam kalangan guru-guru dan murid-murid di Malaysia bukan semua terlibat dalam program ini.

Menjadi antara 10 guru pertama yang terlibat dalam penggunaan Thinkquest.org yang dahulunya dikenali dengan Think.com amat bermana. Terima kasih kepada Bahagian Teknologi Pendidikan dan Oracle Malaysia kerana memberi peluang untuk kami menggunakan portal thinkquest.org ini.

Sememangnya kandungan di dalam portal ini banyak membantu pihak guru dan sekolah untuk melaksanakan projek based learning secara dalam talian, kolaborasi dengan murid-murid dari dalam dan luar negara dan sebagainya turut boleh dilaksanakan.

Selain daripada itu, terdapat pelbagai bahan pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Anda boleh dapatkannya dengan pada pautan Library.

Jom Thinkquest.org


13 Okt 2009

Hasilkan Slaid Online dengan mudah

Saya antara mereka yang suka mengambil gambar. Anda juga mungkin mempunyai kegemaran atau hobi yang sama. Persoalannya sekarang ialah bagaimana gambar-gambar yang diambil itu hendak disimpan atau dipersembahkan.

Banyak perisian yang boleh digunakan untuk berbuat demikian. Masalahnya kita perlu beli perisian tersebut. Ini memerlukan belanja.

Namun begitu, kita masih boleh menghasilkan satu cara untuk menjadikan gambar-gambar tersebut dalam bentuk slaid secara percuma dalam talian. Untuk itu kita perlulah layari URL ini http://www.slide.com

Dengan hanya memilih template dan pilih gambar, kita sudah boleh menghasilkan slaid yang menarik. Mari kita cuba.

2 Jul 2009

Menghasilkan Video dengan Photo Story

Pada masa kini pelbagai media digunakan dalam menghasilkan video. Baik untuk P & P mahu pun untuk koleksi diri sendiri.

Tahukah anda, terdapat satu perisian yang boleh digunakan dengan mudah untuk menghasilkan video? Perisian tersebut ialah Photo Story. Dengan hanya menggunakan foto atau gambar statik anda dapat menghasilkan video yang menarik. Di samping itu, perisian ini juga telah tersedia dengan efek, motion dan transition bagi mencantikan lagi video yang bakal dihasilkan.

Berikut adalah antara hasilan video menggunakan Photo Story.


25 Jun 2009

E-Learning





Dewasa ini perkataan e-Learning semakin hangat diperkatakan. Boleh dikatakan sana-sini orang memperkatakannya baik di sekolah maupun di kedai kopi. Tahukah kita apa itu e-Learning? Dalam internet banyak makna diperturunkan tentang e-Learning. Taip sahaja e-Learning, pasti kita memperolehnya.

Sebagai guru pula, kita seharusnya peka dengan perkembangan terkini lebih-lebih lagi e-Learning. Barulah kita boleh memberi pendapat mengenainya. Terdapat banyak inisiatif KPM ataupun sekolah itu sendiri dalam memastikan penggunaan e-Learning dalam P & P.

Antara platform P & P e-Learning yang menjadi begitu popular ialah MOODLE. Suatu perisian Open Souce yang mudah, kecil dan mesra pengguna. Melaluinya guru-guru boleh menghantar tugasan, nota, latihan dan juga ujian dalam talian. Lebih mudah lagi sebagai rekod pencapaian dirakam secara auto.


Pendek kata guru-guru tidak perlu menyemak atau memeriksan tugasan yang dilaksanakan oleh murid sebaliknya guru hanya perlu memantau pencapaian murid sahaja.

Antara contoh e-Learning boleh dilihat melalui Portal SK Seri Bintang Utara. Berikut adalah contoh tangkapan skrin aktiviti yang boleh dijalankan di dalamMOODLE.
















Mudahkan. Apa lagi cubalah.