25 Jun 2009

E-Learning





Dewasa ini perkataan e-Learning semakin hangat diperkatakan. Boleh dikatakan sana-sini orang memperkatakannya baik di sekolah maupun di kedai kopi. Tahukah kita apa itu e-Learning? Dalam internet banyak makna diperturunkan tentang e-Learning. Taip sahaja e-Learning, pasti kita memperolehnya.

Sebagai guru pula, kita seharusnya peka dengan perkembangan terkini lebih-lebih lagi e-Learning. Barulah kita boleh memberi pendapat mengenainya. Terdapat banyak inisiatif KPM ataupun sekolah itu sendiri dalam memastikan penggunaan e-Learning dalam P & P.

Antara platform P & P e-Learning yang menjadi begitu popular ialah MOODLE. Suatu perisian Open Souce yang mudah, kecil dan mesra pengguna. Melaluinya guru-guru boleh menghantar tugasan, nota, latihan dan juga ujian dalam talian. Lebih mudah lagi sebagai rekod pencapaian dirakam secara auto.


Pendek kata guru-guru tidak perlu menyemak atau memeriksan tugasan yang dilaksanakan oleh murid sebaliknya guru hanya perlu memantau pencapaian murid sahaja.

Antara contoh e-Learning boleh dilihat melalui Portal SK Seri Bintang Utara. Berikut adalah contoh tangkapan skrin aktiviti yang boleh dijalankan di dalamMOODLE.
















Mudahkan. Apa lagi cubalah.

2 ulasan:

  1. Bagaimana untuk memasang moodle dalam website? Langkahnya amat mudah terutama jika website anda memiliki CPanel. Dalam CPanel tersebut, cari Fantastico, klik Moodle dan klik Install. Teruskan dengan langkah seterusnya.

    BalasPadam