4 Jun 2009

Hantar e-mel dengan Telefon Bimbit

Membaca, mengirim dan menulis E-mel sudah menjadi kebiasaan kepada generasi kini dalam berkomunikasi cepat dan tuntas. Sehari kalau tidak membaca e-mel rasanya seperti ketinggalan info terkini selama 10 hari.

Namun begitu e-mel tidak boleh dihantar seandainya pada masa kita memerlukan kita ketiadaan komputer atau laptop, atau mungkin ketiadaan WIFI.

Justeru itu, ada alternatif lain dan percuma seandainya kita perlu mengirim e-mel kepada rakan atau bos kita iaitu melalui telefon bimbit. Berikut dinyatakan langkah-langkah penghantaran e-mel melalui DAPAT.

Langkah-langkahnya:
  1. Set alamat e-mel kita pada sms baru. Taipkan e set email alamat e-mel dan hantar ke 32728. Contohnya e set email aimrock@gmail.com dan hantar ke 32728
  2. Kita akan menerima sms pemberitahuan dari DAPAT. Jika terima ini bermakna kita telah berjaya dan sudah boleh mengirim e-mel.
Untuk menulis dan menghantar e-mel :
  1. Cipta sms baru.
  2. Taipkan e alamat e-mel penerima diikuti Pesanan ataupun mesej e-mel dan hantar ke 32728. Contohnya e aimrock@gmail.com Cubaan menghantar e-mel menggunakan DAPAT.
Cubalah pasti boleh punya.

3 ulasan:

  1. Kalau nak baca e-mel perlu buka dari komputer. Langkah di atas hanyalah untuk mengirim e-mel sahaj

    BalasPadam
  2. htr mesej tu dicaj berapa setiap kali htr.

    BalasPadam