4 Jun 2009

Hantar e-mel dengan Telefon Bimbit

Membaca, mengirim dan menulis E-mel sudah menjadi kebiasaan kepada generasi kini dalam berkomunikasi cepat dan tuntas. Sehari kalau tidak membaca e-mel rasanya seperti ketinggalan info terkini selama 10 hari.

Namun begitu e-mel tidak boleh dihantar seandainya pada masa kita memerlukan kita ketiadaan komputer atau laptop, atau mungkin ketiadaan WIFI.

Justeru itu, ada alternatif lain dan percuma seandainya kita perlu mengirim e-mel kepada rakan atau bos kita iaitu melalui telefon bimbit. Berikut dinyatakan langkah-langkah penghantaran e-mel melalui DAPAT.

Langkah-langkahnya:
  1. Set alamat e-mel kita pada sms baru. Taipkan e set email alamat e-mel dan hantar ke 32728. Contohnya e set email aimrock@gmail.com dan hantar ke 32728
  2. Kita akan menerima sms pemberitahuan dari DAPAT. Jika terima ini bermakna kita telah berjaya dan sudah boleh mengirim e-mel.
Untuk menulis dan menghantar e-mel :
  1. Cipta sms baru.
  2. Taipkan e alamat e-mel penerima diikuti Pesanan ataupun mesej e-mel dan hantar ke 32728. Contohnya e aimrock@gmail.com Cubaan menghantar e-mel menggunakan DAPAT.
Cubalah pasti boleh punya.

3 Jun 2009

Video dalam Pendidikan

Ruang ini khas disediakan bagi perkongsian pautan kepada video-video pendidikan yang boleh diguna pakai dalam P & P. Selain itu juga boleh digunakan untuk perkembangan ada idea-idea bagi menjana kreativiti guru dalam P & P.

Berikut adalah beberapa pautan video;
  1. Rancangan Pendidik Episod 2 ini memaparkan kisah menarik 3 orang guru yang mengisi segmen Berkongsi Pengalaman, Menimba Ilmu dan Menabur Jasa
  2. Empowering Students with Technology

Portal Jawi Translater

Portal ini amat sesuai untuk digunapakai oleh semua. Amat mudah dan pantas dalam membuat translasi daripada rumi kepada jawi.

Ejawi.net adalah laman web oleh yang diprogram oleh Nik Muhammad Nik Abdul Kadir yang dapat berupaya untuk membuat translasi tulisan rumi kepada tulisan jawi.

Anda hanya perlu taipkan perkataan atau ayat pada medan/pada ruang yang disediakan, kemudian tekan butang Convert. Tulisan jawi akan dipaparkan, seterusnya bolehlah anda copy dan paste pula pada MS Word atau sebagainya dalam menghasilkan bahan P & P kepada murid-murid.

Cubalah.

2 Jun 2009

Hanya buku sesuai untuk pembelajaran?



Pada pandangan anda, adakah hanya buku sahaja yang sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran?

Pada masa kini, kita dapati cara murid belajar amat berbeza jika dibanding dengan masa dahulu. Dengan ledakan dan teknologi terkini, bukan buku sahaja yang sesuai lagi digunakan sebagai alat tunggal dalam P & P.

Terdapat pelbagai bahan alat bantu mengajar yang boleh digunapakai dalam P & P berkesan. Sebagai contoh CD courseware, internet, perisian dalam talian dan sebagainya.

Justeru itu, sebagai guru kita harus tahu bila dan mod apa yang hendak digunapakai bagi memastikan P & P berkesan dan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai semaksimun yang boleh.

TechnoGogy

Perkataan technology telah biasa kita dengar dan telah kita ketahui maknanya.

Namun demikian, pernahkah anda mendengar perkataan technoGogy? Mungkin ada dalam kalangan anda yang pernah mendengarnya. Pastinya ramai yang belum pernah mendengarnya. Mungkin ada yang berasa janggal dengan perkataan ini.

Hakikatnya perkataan ini telahpun digunapakai. Saya memperolehi perkataan ini sewaktu menghadiri Konvensyen GTL Schools di One World Hotel, anjuran Bahagian Sekolah Harian dan GITN pada 1 hingga 2 Jun 2009.

Makna perkataan technoGogy diperolehi hasil gabungan technology dan pedagogi yang membawa maksud teknologi dan pedagogi yang digunapakai dalam menghasilkan P & P berkesan dengan menggunakan ICT sebagai pemboleh.

Jom Belajar

Mari belajar